18 September 2015

Selamat Datang ke Modul Pembelajaran, Guru dan Cabaran Semasa EDU 3093



Bagaimana untuk mulakan modul ini? 

Untuk pilihan ke bab-bab di dalam modul, anda boleh memilih bab 1, 3 dan 5 daripada bahagian pilihan di sebelah butang HOME.

Untuk pilihan ke bahagian umum, anda boleh memilih daripada label yang terdapat di sebelah kanan blog.

Untuk kembali ke laman utama, sila pilih HOME.

Selamat menggunakan modul pembelajaran Guru dan Cabaran Semasa, semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN 

KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN  

Definisi perubahan

Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah peralihan atau pertukaran.

Definisi Inovasi

Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.

Strategi pengurusan inovasi dan perubahan

Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa “hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam”. Dalam merealisasikan sesuatu perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka mengekalkan status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.

Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku kerana bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

 Strategi perubahan

 



PERUBAHAN PEMBINAAN NEGARA DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

" Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir. Pemikir-pemikir itulah yang akan mengeluarkan pelbagai idea yang membawa perubahan dalam corak kehidupan manusia." 

Pendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui aspek pendidikan seperti yang berikut:

KEPIMPINAN 

Pemimpin memimpin - menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukan oleh ahli. 
Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan -seseorang pemimpin perlu jelas dengan visi dalam pengurusan perubahannya. sebagai agen perubahan, seorang ketua perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang hendak dicapi pada akhirnya. 
Menubuhkan jawatankuasa pelaksana - pemilihan ahli hendaklah mengambil kira pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli. 
Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat - sentiasa mengikuti perkembangan dan tindakan-tindakan yang dilaksana oleh pasukan bertindak. 
Mengutamakan elemen kemanusiaan - manusia mempunyai karenah yang pelbagai dan keperluan manusia juga saling berbeza. pemimpin yang menjadi egen penggerak perubahan, sikap memahami dan toleransi sangat perlu bagi memastikan setiap perubahan diterima dengan senang hati oleh orang yang dipimpin. 

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUKSIF 

 "Ruang pembelajaran yang konduksif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman" 
Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah seperti berikut: 
  • Pendekatan berpusatkan murid 
  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran 

LANDSKAP MAKLUMAT 

" Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah mengemaskinikan sistem maklumat dan komuniksi pada peringkat sekolah dalam memastikan warga sekolah sama ada guru atau pun murid memperoleh maklumat terkini." 

Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna,antaranya seperti berikut; 
  • Pusat sumber 
  •  Peranan guru 

TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM 

Perubahan terhadap kurikulum adalah suatu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. 

Transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih relaven dan terkini, antaranya berpusatkan murid diberikan perhatian utama. 

Transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin kesesuaian kurikulum bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa. 

SEKOLAH BESTARI 

Sekolah bestari bermaksud pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. 

Pemikiran kepada pembinaan Sekolah Bestari telah dikemukan oleh Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. 

Sekolah Bestari Malaysia telah direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan bagi membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. 

Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian direka oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

 Guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi Sekolah Bestari akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. 

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) 

Gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.


NKRA ialah tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) yang menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. 

Terdapat enam NKRA yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian -kementerian yang terbabit. 

NKRA yang ketiga, ialah Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan yang merupakan NKRA bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Empat sub-NKRA adalah seperti berikut:

17 September 2015

Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.



Kepentingan Akta Pendidikan 1996



Ciri-ciri Akta Pendidikan 1996  

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. 

Antara ciri-cirinya ialah:


Untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai Akta Pendidikan 1996 boleh layari:

14 September 2015

Isu-isu semasa berkaitan guru

DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itu­lah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu meng­hadapi cabaran semasa dalam proses pen­di­dikan antaranya berkaitan integrasi nasio­nal, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, penga­ruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.

Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. 

Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU). 

Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkap­kan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksana­kan.

Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan re­levan dengan keperluan semasa;
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi mening­katkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan penge­tahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkua­liti untuk pemimpin negara pada masa akan datang. 

Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya de­­­ngan perbuatan yang baik dalam kehidupan.

PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
 

Guru dan Cabaran Semasa Template by Ipietoon Cute Blog Design