ISU DAN CABARAN SEMASA
Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan
Menurut
Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang
dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang
menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan
berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah
diperkenalkan pada 11 September 2012.
Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP)
2013-2025:
- Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
- Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
- Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan
alaf baru kerap yang diutarakan ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah
sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.
Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997
menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya
berkongsi kemudahan. Penubuhannya untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan
pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu
bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa
dan pemikiran kaum lain.
Integrasi Nasional
Merupakan proses penyatuan antara kumpulan
manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk
entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi
nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan
integrasi nasional:
- Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
- Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.
- Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
- Peningkatan kes gelaja sosial.
- Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
- Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan.
Sekolah Wawasan
Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997
menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya
berkongsi kemudahan. Penubuhannya untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan
pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu
bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa
dan pemikiran kaum lain.
Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi
Nasional
Guru dianggap sebagai pembina Negara bangsa
kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan
jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi damn berpegang
teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara
yang glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara
bangsa dilaksanakan menerusi:
- Memperkasa bahasa kebangsaan.
- Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
- Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
Konsep 1Malaysia
Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh YAB
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan
harapan untuk merapatkan hubungan antara kaun bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang erat.
Terdapat 8 nilai murni yang terkandung
dalam konsep 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integrity yang diharap dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia. Dengan perlaksanaan 1Malaysia, semua rakyat
harus mendasari prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging) bagi mencapai konsep ini.
Pendemokrasian Pendidikan
Dewey (1966) mengatakan bahawa
pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk
setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan
pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad
Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar
pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi
peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality
education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah
dibentuk.
Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di
Malaysia:
- Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.
- Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).
- Pendidikan selama 13 tahun.
- Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.
- Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.
- Pendidikan sepanjang hayat.
Dalam melaksanakan pendemokrasian
pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi:
- Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.
- Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.
- Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).
Tonggak pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)
Terdapat empat tonggak pendidikan UNESCO:- Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know ).
- Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do).
- Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be).
- Belajar untuk harmoni dan berkerjasama (learning to live together ).
Berdasarkan cadangan UNESCO , pendidikan
harus memberikan peluang kepada pelajar meneroka dan memahami orang lain sejak
awal persekolahan. Pendidikan harus menjadi wadah untuk murid belajar tentang
budaya, agama dan tingkah laku etnik di Malaysia.
Globasisasi Dalam Pendidikan
Scholte (2000:16) menyatakan bahawa
globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan
mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang
terbuka. Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan
sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.
Impak globasasi dalam pendidikan:
- Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
- Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.
- Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
- Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta.
- Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.
- Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
- Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
- Pembudayaan teknologi.
- Penyediaan peluang pendidikan.
- Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.
- Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana negara.
- Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.
Tugas guru dalam menyediakan murid
menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat Wawasan 2020:
- Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
- Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.
Dalam masa yang sama, guru harus
meningkatkan amalan profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa
selari dengan arus perkembangan.
Kepelbagaian Budaya
Budaya bermaksud cara hidup manusia dari
segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu mayarakat yang diterima
oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun-temurun. Malaysia adalah sebuah
negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum.
Konsep kepelbagaian budaya harus difahami
bersama. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina
negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Antara langkah pembinaan negara bangsa:
- Penghayatan prinsip Rukun Negara.
- Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.
- Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
- Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.
Contoh situasi bagaimana guru dapat
menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah
mesra budaya:
- Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid (cth:lawatan, jemputan ke rumah).
- Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar (cth:berbincang dan berkongsi ilmu).
- Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. (cth: topik pakaian tradisional).
- Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain (cth: program sekolah anak angkat).
Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi
(TMK) telah mencapai satu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam
kehidupan manusia. Antara faedah yang boleh diperoleh daripada TMK ialah:
- Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
- Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
- Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
Pengaruh
TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan
dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran. Cabaran guru atau masyarakat
ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara
berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.
Gejala Sosial
Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku
sekarang ini bukan sahaja memberikan kesan positif, tetapi sebaliknya. Rentetan
daripada ini, maka kebanyakan pelajar terlibat di dalam kebejatan sosial. Dalam
masa yang sama, kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya
gejala sosial contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit
berteknologi tinggi.
Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24
jenis gejala sosial yang melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak seperti
merokok, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum
arak, mengambil pil khayal, berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan
hubungan luar nikah, memeras ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol,
menyamun, makan rasuah, maksiat, bercerai dan
jenayah bunuh dan sebagainya.
Antara faktor penyebab gejala sosial ialah
sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak, sikap pelajar, pengaruh media
massa, iklim bilik darjah, pengaruh rakan sebaya terhadap sikap agresif, ponteng sekolah, dan
merosakkan harta benda sekolah.
Oleh yang demikian, guru memainkan peranan
penting dalam menangani masalah ini dengan memupuk nilai-nilai murni di alam
persekolahan. Antara tugas guru ialah:
- Guru sebagai pembimbing.Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah.
- Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah.
- Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah.
Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan
pihak berkuasa seperti pihak polis haruslah diutamakan. Pihak pentadbir sekolah
pula haruslah merujuk masalah ini kepada pihak polis dan bukannya
menyembunyikannya. Kerjasama pihak sekolah dan pihak polis dapat mengekang
daripada gejala sosial terus berleluasa.
0 comments :
Post a Comment