STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
Definisi perubahan
Perubahan
ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk
meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan
amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah
peralihan atau pertukaran.
Definisi Inovasi
Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.
Perubahan
diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan
dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka,
daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.
Strategi pengurusan inovasi dan perubahan
Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia
ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa “hari ini sepatutnya
lebih baik daripada semalam”. Dalam merealisasikan sesuatu perubahan,
kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras
untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka
mengekalkan status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita
seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi
kecemerlangan.
Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku kerana
bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa sahaja
mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Strategi perubahan
PERUBAHAN PEMBINAAN NEGARA DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
"
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara.
kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang
mampu melahirkan pemikir. Pemikir-pemikir itulah yang akan mengeluarkan
pelbagai idea yang membawa perubahan dalam corak kehidupan manusia."
Pendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui aspek pendidikan seperti yang berikut:
KEPIMPINAN
Pemimpin memimpin - menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukan oleh ahli.
Visi
yang jelas dalam pengurusan perubahan -seseorang pemimpin perlu jelas
dengan visi dalam pengurusan perubahannya. sebagai agen perubahan,
seorang ketua perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang
hendak dicapi pada akhirnya.
Menubuhkan
jawatankuasa pelaksana - pemilihan ahli hendaklah mengambil kira
pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli.
Menumpukan
perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat - sentiasa mengikuti
perkembangan dan tindakan-tindakan yang dilaksana oleh pasukan
bertindak.
Mengutamakan
elemen kemanusiaan - manusia mempunyai karenah yang pelbagai dan
keperluan manusia juga saling berbeza. pemimpin yang menjadi egen
penggerak perubahan, sikap memahami dan toleransi sangat perlu bagi
memastikan setiap perubahan diterima dengan senang hati oleh orang yang
dipimpin.
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUKSIF
"Ruang
pembelajaran yang konduksif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang
untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih
sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba
dan meraih pengalaman"
Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah seperti berikut:
- Pendekatan berpusatkan murid
- Kemudahan pengajaran dan pembelajaran
LANDSKAP MAKLUMAT
"
Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah mengemaskinikan sistem
maklumat dan komuniksi pada peringkat sekolah dalam memastikan warga
sekolah sama ada guru atau pun murid memperoleh maklumat terkini."
Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna,antaranya seperti berikut;
- Pusat sumber
- Peranan guru
TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM
Perubahan
terhadap kurikulum adalah suatu bentuk perubahan yang perlu dilakukan
memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah.
Transformasi
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih relaven dan
terkini, antaranya berpusatkan murid diberikan perhatian utama.
Transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin kesesuaian kurikulum bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa.
SEKOLAH BESTARI
Sekolah
bestari bermaksud pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang
belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian
dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan
gaya pembelajaran murid.
Pemikiran
kepada pembinaan Sekolah Bestari telah dikemukan oleh Tan Sri Dato'
Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.
Sekolah
Bestari Malaysia telah direka semula secara sistematik dari segi amalan
pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan bagi membantu murid-murid
menghadapi era teknologi maklumat.
Semua
bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian
direka oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum bersama Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru-guru
di sekolah yang dipilih menjadi Sekolah Bestari akan diberi latihan
dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini.
CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
Gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
NKRA
ialah tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama atau Key
Performance Indicator (KPI) yang menjadi piawai kepada pencapaian
anggota pentadbiran dan penjawat awam.
Terdapat enam NKRA yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian -kementerian yang terbabit.
NKRA
yang ketiga, ialah Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan
Berkemampuan yang merupakan NKRA bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Empat sub-NKRA adalah seperti berikut: